KUALA LUMPUR: Dr. Azfizan Aziz (iJF Planning PLT) bersama Tpr Agus Ramli (AGRA Urban Planning & Design) telah di jemput menjadi penceramah di MSIA Talk 08/2024 yang telah di adakan pada hari Khamis bertarikh 22 Ogos 2024. Program ini di hoskan oleh Tpr. TS. Dr. Gobi Krishna Sinniah, (Exco MSIA) bermula dari pukul 2.30 hingga 4.30 petang secara atas talian (Google Meet). Tajuk ini di pilih berdasarkan corak pembangunan semasa, kecenderungan pihak pemaju di kawasan bandar-bandar besar memilih untuk membangunan kawasan kediaman seperti kondominuim, apartment dan flat yang mempunyai penduduk berdensiti tinggi. Terdapat berbagai isu dan masalah sosial yang perlu di pertimbangkan semasa menjalankan kajian oleh pihak perunding SIA seperti penentuan kawasan zon pengaruh atau ZOI, impak kepada institusi masyarakat serta lain-lain.





