Laporan Penilaian Impak Sosial (Social Impact Assessment – SIA) ini disediakan untuk cadangan pembangunan pangsapuri perkhidmatan di atas PT 8004 (sebahagian lot 102268 terdahulu), Jalan Desa Millennia 3, Taman Desa Millennia, Puchong, Daerah Petaling, Mukim Petaling, Selangor Darul Ehsan dengan keluasan tanah seluas 4.369 ekar oleh Tetuan M Hana Sdn. Bhd. Komponen utama cadangan pembangunan ini adalah satu (1) blok pangsapuri perkhidmatan perniagaan 40 tingkat yang berada di atas 6 tingkat podium yang mengandungi tempat letak kenderaan, rumah kelab dan ruang kemudahan penduduk seperti surau, kolam renang, taman permainan dan rekreasi, taska, tadika, kedai serbaneka, pejabat pengurusan serta tandas.