Project Info
Project Title
-
Penilaian Impak Sosial Bagi Cadangan Pembangunan Perumahan
Project Brief
-
Laporan Penilaian Impak Sosial (Social Impact Assessment – SIA) ini disediakan untuk cadangan pembangunan perumahan di atas PT 21085, Mukim Beranang, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan dengan tanah berkeluasan 110.005 ekar oleh Tetuan Mestika Bistari Sdn. Bhd. Tapak cadangan terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Komponen utama cadangan pembangunan ini adalah perumahan dan perniagaan. Cadangan pembangunan perumahan ini terbahagi kepada dua (2) jenis rumah iaitu rumah teres 2 tingkat yang berjumlah 817 unit berkeluasan 27.610 ekar, rumah strata (rumah 2 tingkat dan rumah bandar 3 tingkat) berjumlah 308 unit berkeluasan 18.027 ekar dan rumah Selangorku berjumlah 750 unit berkeluasan 6.339 ekar. Selain itu, terdapat juga kemudahan masyarakat yang akan disediakan seperti kawasan tanah lapang, sekolah rendah, tadika, dewan orang ramai, surau dan rumah ibadat bukan Islam.
Tapak cadangan ini terletak di kawasan Ladang Glenglowie (tanaman pokok kelapa sawit yang sudah tua dan tidak lagi mengeluarkan hasil), bersempadan dengan Negeri Sembilan dan berdekatan dengan Bandar Tasik Kesuma. Tapak cadangan dikelilingi oleh ladang kelapa sawit, Ladang Glengowrie dan terdapat kawasan perumahan iaitu Jalan Kesuma 8/2. Akses sedia ada ke tapak cadangan adalah melalui Jalan Semenyih – Persiaran Tasik Kesuma – Jalan Kesuma 8. Pada masa kini, tiada jalan akses masuk secara terus ke tapak cadangan. Berdasarkan Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kajang Selangor 2035 (Penggantian), tapak cadangan berada dalam Blok Perancangan 4 (BP 4) Beranang, Blok Perancangan Kecil 4.9 (BPK 4.9) Glengowrie. Di mana, tapak cadangan ini telah dizonkan sebagai kawasan perumahan. Oleh itu, cadangan pembangunan yang dikemukakan oleh pemaju adalah selari dan tidak bercanggah dengan Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kajang Selangor 2035 (Penggantian).
Client
- Mestika Bistari Sdn. Bhd.
Project Category
- Category B
Year
- 2023
Location
- PT 21085, Mukim Beranang, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan.
Sector
- Private
