Project Info
Project Title
-
Penilaian Impak Sosial (Social Impact Assessment – SIA) Bagi Cadangan Pembangunan Asrama Pekerja Berpusat (CLQ)
Project Brief
-
Laporan Penilaian Impak Sosial (Social Impact Assessment – SIA) ini disediakan untuk cadangan pembangunan asrama pekerja berpusat (CLQ) di Atas PT 65635, Jalan Sultan Alaudin, Bandar Sultan Suleiman, Mukim Kapar, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan dengan keluasan 4.346 ekar oleh Tetuan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Tapak cadangan pembangunan ini berada di dalam pembangunan Pelan Susun Atur Bandar Sultan Suleiman Fasa 4 yang telah mendapat kelulusan Kebenaran Merancang (KM) di mana, tapak cadangan telah dizonkan sebagai tapak pembangunan asrama pekerja. Manakala, berdasarkan Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Klang 2035 (Penggantian), tapak cadangan telah dizonkan sebagai zon guna tanah perumahan. Oleh itu, cadangan yang dikemukakan oleh pemaju untuk mendirikan pembangunan CLQ ini adalah selari dan tidak bercanggah dengan Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran 2035 (Penggantian). Tapak cadangan ini terletak di Mukim Kapar, Daerah Klang iaitu di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Diraja Klang. Akses utama ke tapak cadangan adalah melalui Jalan Sultanah dan Jalan Sultan Abdul Samad 45 yang mana boleh dihubungkan dengan Lebuhraya Selat Klang.
Client
- PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)
Project Category
- Category B
Year
- 2023
Location
- PT 65635, Jalan Sultan Alaudin, Bandar Sultan Suleiman, Mukim Kapar, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan.
Sector
- Government
