Tetuan SkyWorld Mutiara Development Sdn. Bhd. merupakan pemaju yang ingin membangunkan pembangunan rumah bakat baru madani di atas dua (2) lot iaitu lot 5320, Jalan Todak, Mukim 1, Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang dan lot 10848, Jalan Tenggiri, Mukim 1, Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Keluasan tapak cadangan pembangunan bagi lot 5320 adalah 126,618 meter persegi. Manakala, keluasan lot 10848 adalah 11,121 meter persegi. Komponen utama cadangan pembangunan ini adalah komponen Rumah Bakat Baru Madani. Cadangan pembangunan yang dikemukakan ini akan menyediakan sebanyak 5,738 unit Rumah Bakat Baru Madani di atas lot 5320 dan sebanyak 630 unit di atas lot 10848. Cadangan pembangunan ini merupakan usaha sama antara Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), PDC Properties Sdn. Bhd. (PDCP) dan SkyWorld Mutiara Development Sdn. Bhd. dalam menawarkan harga rumah mampu milik antara RM225,000 hingga RM 420,000 bagi menampung keperluan perumahan untuk penduduk yang menetap di dalam dan di luar Negeri Pulau Pinang, terutamanya negeri-negeri Utara seperti Kedah, Perlis dan Perak.