Publications Info
Title
- Panduan Pelaksanaan Penilaian Impak Sosial (PPSIA) Bagi Projek Pembangunan
Author / Editor
- Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
Publisher
- Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
Publication Date
- 2023
Notes
-
PLANMalaysia telah melaksanakan Penilaian Impak Sosial (SIA) Bagi Projek Pembangunan selaras dengan pindaan Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 pada tahun 2017 (Akta A1522) yang telah menggariskan keperluan penyediaan Laporan SIA sebagai salah satu dokumen sokongan kepada Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN). <p>
Bagi membantu penggerak projek dan perunding SIA dalam menjalankan kajian dan menyediakan Laporan SIA, dua buah Manual Penyediaan Laporan SIA Bagi Projek Pembangunan telah diterbitkan pada tahun 2012 dan 2018. Menyedari terdapat pelbagai cabaran baharu yang perlu didepani dan bagi merealisasikan usaha penambahbaikan berterusan, kini Panduan Pelaksanaan Penilaian Impak Sosial Bagi Projek Pembangunan (PPSIA) telah disediakan bagi mengganti manual yang lalu. </p>Laporan SIA sangat penting sebagai “project planning tool” kepada penggerak projek dan perunding SIA. la juga merupakan “decision-making tool” bagi membantu pihak Kerajaan di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan dalam membuat penilaian ke atas projek pembangunan agar selaras dengan aspirasi negara serta objektif “people centric” dan komuniti sejahtera dicapai.
